Dr. Mads Gibert bukanlah sukarelawan yang asing lagi di Gaza. Beliau telah menjadi sukarelawan dan berkhidmat di Hospital Al-Shifa selama 17 tahun.
Dalam menyampaikan kebenaran kemelut yang melanda wilayah Gaza, Dr. Mads telah menjemput Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama untuk bermalam sekurang-kurangnta satu malam di hospital di sini.
"Dengan melihat penderitaan kanak-kanak, kecederaan yang dialami oleh wanita … semua penderitaan ciptaan manusia yang dilakukan oleh kerajaan Israel yang didukung dengan kuat oleh Barack Obama dan sebab itulah saya menjemput beliau," katanya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Al-Arabiya.
Dr. Gilbert yang berasal dari Norway beberapa hari lalu membuat jemputan yang sama dalam sepucuk surat terbuka yang menceritakan keadaan di Gaza sejak serangan Israel yang kini masuk minggu ketiga.
Tegas Dr. Gilbert, Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab di atas kematian banyak warga Palestin dan katanya, "tangan tuan-tuan berlumuran dengan darah dan sangat sukar untuk mencucinya".
Dr. Mads Menjemput Semua Orang
Jemputan itu bukan saja beliau tujukan kepada Obama tetapi kepada semua orang, "sesiapa saja -- presiden atau tukang kayu, pemandu teksi atau perdana menteri -- yang masih ada hati, masih ada timbang rasa dan memahami orang lain".
"Mereka boleh faham dengan berjalan di wad-wad di al-Shifa bahawa tidak ada sebab kenapa warga Palestin yang tidak berdosa ini berhak dilayan sebegini oleh jentera perang Israel," katanya.
Dr. Gilbert telah menjadi sukarelawan dengan rakyat Palestin sejak 1980-an dan melalui empat fasa serangan Israel ke atas Gaza termasuk Operasi Cast Lead pada awal 2009.
"Saya menafikan bahawa ini adalah misi kamikaze untuk datang ke Gaza. Saya dihantar ke sini oleh hospital tempat saya bekerja di Norway atas permintaan kerajaan Palestin. Saya boleh pulang bila-bila masa saya mahu tetapi untuk apa," katanya.
Menurut Dr. Gilbert, serangan Israel ke atas Gaza ini adalah serangan ke atas orang awam kerana tidak mungkin 1.8 juta penduduk yang tinggal di wilayah yang sempit seperti di Gaza dapat lari menyelamatkan diri apabila berdepan dengan serangan tentera rejim Zionis.
Sejak serangan bermula pada 8 Julai lepas, angka korban warga Palestin mencecah hampir 700 orang manakala yang cedera melangkaui 4,000 orang.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/doktor-jemput-obama-bermalam-di-hospital-di-gaza-40591?cp
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/doktor-jemput-obama-bermalam-di-hospital-di-gaza-40591?cp
0 comments:
Post a Comment