Sponsored Links

Monday, July 07, 2014

Kisah Kejayaan Azalina si Penjual Jalanan di San Fransisco

09:39

Nama Azalina mula disebut-sebut sejak semalam apabila kejayaan anak Malaysia ini heboh diperkatakan kerana beliau berjaya membuka sebuah restoran di bangunan Twitter.

Google Image
"Membesar sebagai seorang 'gadis mamak' bukan fantasi bagi sesiapa. 'Mamak' biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu," katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.

"Oleh kerana sistem kasta, golongan 'mamak' hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion," katanya.

Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.

Azalina Eusope merupakan generasi ke lima keturunan mamak, pernah menolak kereta sorong untuk menjual makanan di Pulau Pinang. Beliau kemudian berkahwin dengan suaminya dari Amerika Syarikat dan berpindah ke San Fransisco.

Pergelutan hidup di tempat orang memaksa Azalina untuk berniaga. Bermodalkan USD500 yang dipinjam, Azalina memulakan perniagaan makanan di pasar tani di San Fransisco. Seawal jam 3.00 pagi dia akan mengejutkan anak dan bersiap-siap untuk menjual makanan.

Azalina masih tidak mendapat hasil walaupun sudah 6 minggu berniaga. Namun segalanya berubah apabila penulis makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai 10 kedai makan jalanan terbaik di San Fransisco di dalam majalah 'Bon Apetite' pada tahun 2010.

Kemudian lebih ramai tahu tentang makanan Azalina dan beliau mula berniaga katering untuk majlis dan acara.

"Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya," kata Azalina.

"Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya.


Azalina kini mempunyai produk sendiri yang di jual di pasaraya dan anda boleh 'browse' sendiri produk-produknya di www.azalinas.com.




Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top