Selepas kejayaan pasukan penyiasat dari Malaysia berdiplomasi dengan puak pemisah Rusia berkenaan isu MH17, kotak hitam pesawat MH17 tidak akan dibawa pulang ke negara ini.
Sebaliknya ia akan dihantar ke negara yang mempunyai kepakaran untuk dianalisa dengan segera.
Menurut Timbalan
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, ia selaras dengan
peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Google Image |
“Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh.
“Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semua ke luar negara.
“Itu melanggar peraturan yang ditetapkan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera,” katanya.
Menurut Ab Aziz, hanya
beberapa negara yang mempunyai kepakaran untuk menganalisa kotak hitam
dan yang paling dekat dengan lokasi adalah United Kingdom (UK).
“Oleh kerana ia berlaku
di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk
dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa.
“Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa,” jelasnya.
Berhubung dengan
penglibatan Rusia untuk menyertai pasukan siasatan menganalisa kotak
hitam itu, ia tertakluk kepada panel siasatan antarabangsa yang dibentuk
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Ab Aziz.
Terdahulu, puak pemisah
pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang
ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu
sidang media sebelum ini.
sumber
0 comments:
Post a Comment