Di kala pemimpin barat sibuk menuduh pihak separatis Rusia (pro-Rusia) sebagai dalang kepada isu menembak jatuh pesawat Malaysia MH17, Malaysia berjaya di dalam rundingannya dengan puak pemberontak itu tentang penjagaan kotak hitam. Namun amat sedikit kisah ini diceritak oleh media barat.
Menurut sumber, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan berhubung dengan pemimpin puak pemberontak tersebut, Alexander Borodai, melalui perantara.
"Ia adalah projek Najib", menurut salah satu sumber. Perkara tersebut dibincang begitu rapi sekali sehingga beberapa orang terdekat sahaja yang mengetahuinya. Turut dikatakan, perjanjian tersebut menjadi begitu rahsia sehinggakan penasihat Najib sendiri sedar tentang perjanjian tersebut apabila telah memetrainya.
Dalam perjanjian diantara kerajaan Malaysia dan puak pemisah Borodai itu, kerajaan Malaysia telah menyatakan 3 perkara:
- Kedua-dua kotak hitam diserahkan kepada kerajaan Malaysia
- Mayat mangsa nahas pesawat dipindahkan daripada kawasan pemberontak
- Dan pasukan penyiasat mendapat akses penuh ke tempat kejadian dapat membuat analisa DNA mangsa sebelum mayat dihantar pulang.
Sumber juga memetik, pihak pro-Rusia juga tidak mahu menyerahkan kotak hitam tersebut kepada sekutu mereka iaitu Ukraine. Mereka mahu memulangkan kotak hitam tersebut kepada Malaysia.
Perjanjian tersebut telah termetrai pada hari Isnin, dan pada pagi Selasa, kotak hitam tersebut telah menjadi milik Malaysia dan mayat-mayat telah dibawa keluar dengan menggunakan keretapi.
Sekali lagi saya ingin bertanya, siapakah pasukan penyelamat kita? Adakah pasukan polis forensik? Adakah pasukan Jakim? Adakah Pegawai PTD M48 yang mengetuai pasukan tersebut atau Menteri Pengangkutan atau PM kita?
Tersentak dengan 'posting' rakan di dalam FB yang menyatakan perjanjian tersebut berjaya kerana diplomasinya adalah hasil usaha PTD. Saya kira, kejayaan tersebut sepatutnya dikongsi bersama dan tidak memihak kepada mana-mana organisasi. Kita di dalam kemelut dunia. Sebagai PTD anda seharusnya berfikiran lebih dari itu.
Saya kira usaha yang PM Najib lakukan itu tidak akan dipandang oleh sesiapa. Hanya media luar sahaja yang mencanangkan usaha berani Najib itu.
Tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak di atas usaha anda.
0 comments:
Post a Comment