Sponsored Links

Saturday, August 16, 2014

MH17 : Laporan Kotak Hitam diumum September

03:00

Laporan awal data kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lalu dijangka diumumkan pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda pada awal September ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan siasatan antarabangsa telah membuat laporan dan akan menyerahkannya kepada negara-negara berkaitan.

Pasukan siasatan masih menjalankan siasatan di tapak lokasi nahas dan tidak boleh mendedahkan kandungannya buat masa ini, katanya.
Google Image
Liow berkata pasukan siasatan telah memperoleh suara rakaman daripada kokpit serta kandungan data penerbangan selain mengadakan mesyuarat mengenai laporan awal kotak hitam.

“Semua rakaman daripada kotak hitam itu sempurna, tidak dirosakkan, tidak dicemari dan boleh dibaca dengan jelas,” katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Sumber - TheRakyatPost

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top