Sponsored Links

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

Kemungkinan bubar Adun Selangor-Khalid Ibrahim

Krisis Menteri Besar di Selangor semakin hebat diperkatakan. Terbaru, Khalid Ibrahim di dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan akan bubar Adun Selangor sebagai jalan penyelesaian untuk krisi MB di Selangor itu.

Google Image:Khalid Ibrahim
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.   

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.   

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.   

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Untuk rekod, kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).

Thursday, August 07, 2014

'5 Dalil" Tan Sri Abdul Khalid Perlu Melepaskan Jawatan MB

PKR masih meneruskan usahanya dalam mendesak Tan Sri Abdul Khalid bagi melepaskan jawatan sebagai MB Selangor.

Terbaru, PKR telah mengeluarkan '5 Dalil' mengapa Abdul Khalid perlu digugurkan. Namun yang menjadi tanda tanya sekarang, mengapakan Menteri Besar yang dicanang sebagai penyelemat negeri Selangor itu didesak untuk dilepaskan jawatan?

Google Image
Laporan setebal 91 muka surat khusus bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan pimpinan tertinggi PAS berhubung kedudukan Abdul Khalid itu turut mengandungi lampiran yang menyokong dakwaan salah guna kuasa terhadapnya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi bukti dan fakta yang disediakan Ibu Pejabat PKR itu, Abdul Khalid dikatakan gagal menjawab beberapa 'keraguan munasabah' yang timbul dalam pentadbirannya.

Pendedahan utama berhubung dakwaan salah guna kuasa Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut.

Selain itu, sebab kedua yang mempetikaikan integriti Abdul Khalid ialah membabitkan urusniaga kerajaan Selangor dan Ecoworld Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama.

Keraguan yang dibangkitkan PKR dalam urusniaga berkenaan ialah penyelesaian di luar mahkamah di antara Bank Islam dan Abdul Khalid sebelum itu dirundingkan oleh Rashid yang juga seorang peguam sebagai orang tengah.

"Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin.

"Dalam bulan Mac 2014 iaitu sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit," demikian menurut laporan itu.

Faktor lain bagi menyokong tindakan PKR menggugurkan Abdul Khalid ialah berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor serta sokongannya terhadap pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) di sekitar Petaling Jaya.


"Sokongan terbuka Tan Sri Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang Kidex juga bertentangan dengan arahan khusus mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikan tol.

"Walaupun diberikan arahan berkali-kali dan dinasihati oleh pimpinan parti supaya memberi ruang kepada pandangan yang membantah Kidex, Tan Sri Khalid terus tidak menghiraukan arahan dan nasihat ini melalui pertembungan terbuka dengan kumpulan penduduk yang menentang Kidex," kata laporan itu lagi.


Alasan terakhir PKR untuk memecat Abdul Khalid ialah berhubung dakwaan prestasi merosot pentadbiran Abdul Khalid terutamanya berhubung kegagalannya menyelesaikan masalah infrastruktur asas seperti penyelenggaraan jalan raya dan isu pungutan sampah.

Kecenderungan Abdul Khalid untuk tidak membelanjakan geran Persekutuan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang di Selangor hingga membebankan rakyat dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi PR.

"Peratusan geran yang dibelanjakan adalah rendah iaitu hanya 69.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2010, 59.3 peratus dibelanjakan dalam tahun 2011 dan menurun kepada 42.7 peratus dibelanjakan dalam tahun 2012.

"Di antara tahun 2010 hingga 2012, hanya RM640.24 juta dibelanjakan seperti yang sepatutnya untuk membaiki jalan sedangkan baki RM499.76 juta disimpan sebagai wang terkumpul.

"Pimpinan PKR menyatakan secara tegas bahawa adalah tidak adil menyimpan wang ini dengan harapan menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang baik melalui simpanan rizab RM3 bilion sedang sebahagian dari dana ini sepatutnya dihabiskan setiap tahun untuk membaiki jalan di seluruh Selangor," katanya.

Tuesday, July 01, 2014

Breaking News! Diplomat Malaysia Di dakwa Merogol di New Zealand dikenalpasti

Memalukan!!! 

Berhubung dengan isu tersebut, Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Identiti di kenal pasti
Bagaimanapun, Wellington hari ini telah mengesahkan diplomat yang berkelakuan sumbang itu dari Malaysia.

Mahkamah New Zealand mengesahkan bahawa pegawai tersebut dilaporkan terlepas daripada tuduhan seks hari ini kerana mempunyai perlindungan diplomatik.

Polis mendakwa, pegawai diplomat tersebut adalah Muhammad Rizalman Ismail, ditahan di Wellington selepas mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pada malam 9 Mei sebelum menyerangnya.

Dia dituduh dengan tuduhan menyerang dengan niat untuk merogol dan memecah masuk Pegawai tersebut juga enggan menyerahkan contoh DNA.

Isu Perlindungan Diplomatik
Menjawab kepada isu perlindungan dipomatik, Anifah Aman hari ini (melalui Malaysiakini) menyatakan yang perlindungan tersebut ditawarkan oleh pihak New Zealand.


Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas.

Jika didapati bersalah, tindakan akan diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.

Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.


Saturday, June 21, 2014

Anwar Mahu Papa Gomo Langsaikan Saman

Berikutan daripada permohonan Papa Gomo yang mahu melangsaikan saman secara ansuran bulanan, Anwar bertindak mengecamnya.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, memohon untuk membayar wang saman tersebut secara bulanan iaitu RM100 sebulan. Beliau mendakwa beliau kini adalah seorang nelayan dan tidak mempunyai wang.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks dalam blog miliknya.

Rosilah dalam penghakimannya berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, terbukti Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan fitnah.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi meminta UMNO sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Wednesday, June 18, 2014

Muhyidin Yasin bakal letak jawatan?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.


Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.

Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.

Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.

Berikutan daripada khabar angin tersebut, ramai penganalisi politik yang meramalkan bahawa Parti UMNO akan mengalami zaman kejatuhannya.

Kita tunggu dan lihat sahaja kebenarannya.

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said Kembali Sertai Umno

Bekas Menteri Besar Terengganu kembali menyertai UMNO selepas menggemparkan Malaysia dengan pengumumannya keluar dari Parti tersebut selepas melepaskan jawatan Menteri Besar itu.

Beliau memaklumkan kepada Perdana Menteri tentang hal berkenaan dan kesal ke atas semua perkara yang berlaku dan akan melakukan sidang akhbar dalam bila-bila masa sahaja.

Google Image:Ahmad Said

Perkembangan tersebut disahkan oleh Menteri Besar Terengganu dalam sebuah sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Krisis politik di Terengganu gempar selepas perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said dan pengumumanya keluar dari UMNO.

Selepas itu, ADUN yang turut mengikuti jejak beliau adalah ADUN Bukit Besi dan ADUN Ajil. Namun ADUN Bukit Besi menarik semula tindakanya keluar dari parti tersebut semalam.

Berikutan krisis ini BN kembali memegang 16 kerusi manakala PAS (14), PKR (1) dan BEBAS (2).




Sunday, May 04, 2014

Pakatan akan Berpecah:Lim Kit Siang

Lim Kit Siang, Pemimpin DAP hari ini berpendapat Pakatan Rakyat yang diterajui beliau ini akan berpecaj sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan isu berkenaan hudud.

Lim Kit Siang
"Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya di sini, Ahad.

Barisan Alternatif adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.

Beliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksepafahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja.

"Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Hudud juga mendapat pehatian penting dari parti komponen BN iaitu, MCA, MIC dan Gerakan.

Thursday, May 01, 2014

Info Penting Untuk Peserta Perhimpunan Bantah GST

Jawatankuasa Mei 1 adalah satu jaringan yang telah menganjurkan Hari Pekerja setiap tahun. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 organisasi dan Deklarasi Hari Pekerja 2014 disokong oleh 91 Organisasi.

Peserta himpunan 1 Mei digalakkan menyalin nota dan mencetak nombor-nombor telefon penting yang terdapat dalam panduan ini.

Dibawah adalah panduan untuk Himpunan Mei 1 bagi melancarkan perhimpunan pada 1 Mei 2014 dan pastikan ia berjalan dengan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

1. Kad pengenalan, lesen memandu (alat memperkenalkan diri)
2. Warna tema untuk perhimpunan ini adalah warna Merah dan digalakkan
3. Setiap peserta digalakkan memakai kasut
4. Barangan kempen -Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau
Slogan Bantah GST atau apa-apa tuntutan rakyat boleh digunakan selaras dengan Hari Pekerja
5. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula
6. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri
7. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata
8. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau dokumenkan insiden penting yang mencurigakan
9. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan ke email yang tertera diatas.

Maklumat Penting

Sekretariat Himpunan Mei 1: 019-2275982 @ 0193758912 @ 03-22747791
Kecemasan untuk Perubatan : 019-3710015
Hotline Urgent Arrest : 03-77843525

Maklumat terkini : https://www.facebook.com/bantahgst

*Perkara yang tidak dibenarkan*

1. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan
2. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan
3. Jangan bawa sebarang bendera parti politik
4. Banner, placard, bendera yang bersifat provokasi dan ancam keharmonian kaum dan agama adalah ditegah
5. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan rakyat tidak dibenarkan
6. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen
7. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti mancis, dan mercun
8. Tidak digalakkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (Team Perubatan mencadangkan tidak merokok semasa perhimpunan)
9. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi dan lain-lain yang merbahaya

*Semasa perhimpunan *

1. Tempat berkumpul di KLCC adalah dekat Air Pancut KLCC yang berhadapan dengan jalan utama
2. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan KLCC dan tunggu arahan dari * Pengerusi Majlis @ Central Command* yang dilantik
3. Bergerak dalam kumpulan dan selalu memastikan kumpulan anda selamat dan tidak hilang
4. Ikutilah arahan dari *Pengerusi Majlis @ Central Command* sepanjang program
5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku
6. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya
7. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Jawatankuasa Mei 1: jerit2002@gmail.com
8. Kalau boleh rakamkan sebarang insiden atau provokasi atau insiden penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
9. Jika ada penangkapan hubungi pihak penganjur yang terdekat @ SUARAM -03-77843525 . Kalau orang berhampiran anda ditangkap, ambil nama dan kad pengenalannya dan segera maklumkan kepada penganjur

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* : APABILA DISOAL OLEH POLIS

1. Pengenalan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja
3. Seandainya ditanya soalan-soalan lain: Anda menjawab “Saya akan jawab dibawah mahkamah dan saya mempunyai hak untuk berdiam diri”
4. Wakil peguam dan SUARAM akan berada disitu untuk membantu anda
5. Jika pihak polis tidak mahu benarkan peguam atau pihak SUARAM, anda harus TUNTUT untuk berjumpa dengan peguam

*Perhatian!*

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agresif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Jawatankuasa 1 Mei 

RAKYAT MARHAEN

Saturday, April 26, 2014

'Sila Keluar dari Pakatan'-Loke Siew Fook

DAP tetap bertegas dengan pendirian mereka sekiranya pucuk pimpinan PAS masih tetap ingin melaksanakan hudud.

Google Image
"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud.

Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan meletakkan sasaran pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu seawal-awalnya pada tahun depan.

Rancangan kerajaan negeri Kelantan itu kemudiannya mendapat bantahan pemimpin kanan DAP yang mengingatkan PAS bahawa pendirian parti itu berhubung hudud tidak pernah berubah. Beberapa ahli parlimen DAP juga menegaskan semua wakil rakyat DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkenaan. Hasrat PAS itu juga mendapat bantahan daripada MCA.

Selain Kelantan, Dewan Undangan Negeri Terengganu juga meluluskan enakmen yang sama pada 2002 ketika kerajaan negeri itu ditadbir oleh pimpinan PAS. Bagaimanapun enakmen berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Dalam kenyataannya, Anthony sekali lagi mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini kerana "ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia".

Antara lain, beliau berpendapat pelaksanaan hudud akan mewujudkan dua set undang-undang jenayah yang akan dipakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sama juga antara lain dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Anthony mengingatkan pendirian DAP menolak hudud bukan bermakna ia menentang agama Islam atau bersikap anti Islam.

"DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakannya mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Parlimen apabila ada pemimpin MCA memfitnah Mursyidul Am PAS itu kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol.

Tambah Anthony, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan fobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Katanya, beliau melakukan itu semua untuk mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman.-AstroAwani

Perlunya muzakarah antara pemimpin Umno dan Pas berkenaan isu Hudud ini.

Tuesday, April 15, 2014

Anwar miliki akaun di Israel?

Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
   

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
   
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
   
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
   
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
   
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
   
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
   
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
   
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
   
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
   
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.

Sponsored Links

Artikel Lain

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top