Sponsored Links

Saturday, June 21, 2014

Anwar Mahu Papa Gomo Langsaikan Saman

22:35

Berikutan daripada permohonan Papa Gomo yang mahu melangsaikan saman secara ansuran bulanan, Anwar bertindak mengecamnya.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, memohon untuk membayar wang saman tersebut secara bulanan iaitu RM100 sebulan. Beliau mendakwa beliau kini adalah seorang nelayan dan tidak mempunyai wang.

Pada 28 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks dalam blog miliknya.

Rosilah dalam penghakimannya berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, terbukti Wan Muhammad Azri adalah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan fitnah.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi meminta UMNO sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top