Fakta Menarik Fifa World Cup
Untuk rekod, gol paling banyak dijaringkan dalam pertandingan adalah 15 gol daripada RONALDO (Brazil).
Lothar Matthaus mempunyai rekod penampilan paling banyak dalam siri World Cup iaitu 25 penampilan.
Gol terpantas dijaringkan oleh pemain Turkey Hasan Sukur pada saat ke 11 ketika menentang Korea Selatan pada World Cup 2002.
Oliver Kahn adalah satu-satu penjaga gol yang memenangi GOLDEN BALL.
INDIA menarik diri daripada World Cup 1950 kerana tidak dibenarkan berkaki ayam.
Rekod kekalahan paling banyak direkodkan oleh Negara Mexico dengan 20 kekalahan.
DUA pemain yang berjaya menjaringkan gol pada 4 siri WORLD CUP iaitu pada 1958, 1962, 1966 & 1970 adalah Pele dari Brazil dan Uwe Seeler dari West Germany.
Roger Milla, 42 merupakan penjaring paling tua dalam sejarah WORLD CUP.
HATRIK pertama dijaringkan oleh Bert Patenaude dari United States dalam perlawanan menentang Paraguay dalam 1930 World Cup.
Pada tahun 1986, FIFA tidak membenarkan pertukaran shirt swapping kerana tidak mahu pemain mendedahkan dada di padang.
#pastelmaya
Sponsored Links
Saturday, December 07, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment