Dikenali sebagai Female Empowerment Movement Perodua Myvi FEM 1.5. Perodua hanya menawarkan 60 unit dengan satu pilihan warna sahaja iaitu warna putih sehingga Feb 2014.
Untuk harga pula,Perodua mengekalkan harga seperti varian Myvi SE 1.5 iaitu RM 56,027 termasuk insurans.
Model Myvi FEM ini dilengkapi dengan tona warna merah dan hitam serta sulaman benang merah untuk kemasan pada stereng dan tempat duduk.
Tempat duduk, karpet diselaputi dengan logo FEM untuk mencerminkan femininnya.
Bagaimanapun, terdapat syarat untuk memilik kereta tersebut. Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan pernah memiliki kereta perodua.
#pastelmaya
0 comments:
Post a Comment