Ketua wanita Umno cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaludin,68 ditemui terbujur kaku di dalam rumahnya di sini semalam.
Pihak polis mengesyaki mangsa mati dibunuh selepas rumahnya dipecah masuk. Kejadian tersebut disedari oleh anak mangsa ketika melawat ibunya.
Dia yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah ibunya selepas mendapati pintu dapur rumah terbuka dan keaadan rumah yang berelerak kemudian menjumpai ibunya terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.
Polis masih lagi menyiasat punca kematian kerana tidak menjumpai sebarang luka,cedera atau sebarang serangan fizikal dilakukan terhadap mangsa.
0 comments:
Post a Comment