Sponsored Links

Thursday, February 27, 2014

Status FB petanda Ajal

13:32


"Mungkin esok namaku arwah. Hari ini aku pakai pakaian yang cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah.

Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan mandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang sekeliling, mungkin esok aku akan bersendirian di sana.

Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah sebagai tanda kau merinduiku dan dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali"

Begitulah status seorang gadis yang seakan-akan tahu ajalnya sudah tiba apabila dia memuat naik status tentang kematian di laman FB sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Badlishah semalam.

Dalam kemalangan tersebut, teman lelaki mangsa turut maut.

Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang tiba-tiba merempuh motosikal mangsa dan teman lelaki  dari arah belakang.

Akibat rempuhan tersebut, Norfaezah cedera di kepala dan teman lelakinya meninggal selepas dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Abdul Halim.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top