Gambar Hiasan |
Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini.
Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA.
Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama.
Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan.
Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu.-astroawani
0 comments:
Post a Comment