Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, ia berkata bahawa pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.
Namun pesawat lain akan diterbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370:
Awal hari ini, pihak AMSA
mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan
bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370
yang hilang sejak 8 Mac.
Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini-astroawani

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-amsa-gagal-mencari-objek-berukuran-24-meter-32202?cp
0 comments:
Post a Comment