Sponsored Links

Tuesday, May 06, 2014

[Breaking News] Aziz Sattar Meninggal Dunia

03:32

Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89 yang dikejarkan ke hospital jam 10 semalam, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang kira-kira jam 2.00 pagi tadi.

Sandakiah, anak perempuan beliau menyatakan, Pak Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung"

"Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital."

Datuk Aziz Sattar yang memang mempunyai masalah jantung sejak dari tahun 2012, pernah dikejarkan ke hospital pada Disember tahun lepas kerana masalah yang sama.

Takziah untuk keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top