Sponsored Links

Tuesday, May 06, 2014

[Breaking News] Aziz Sattar dikejarkan ke Hospital

02:04

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar dikejarkan ke hospital jam 10.00 malam semalam akibat sakit jantung.

Beliau dikejarkan ke Hospital Kajang, dan dilaporkan berada di dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

Menurut anaknya Sandakiah, bapanya dilaporkan berada di dalam keadaan stabil, namun doktor perlu menahannya di wad untuk memastikan beliau betul-betul sembuh.

Datuk Aziz Sattar

Ayahnya sekarang sedar dan mampu bercakap tetapi di dalam keadaan lemah.

Lagenda Aziz Sattar yang popular dalam siri filem Bujang Lapok ini adalah satu-satunya trio Bujang Lapok yang tinggal selepas pemergian Tan Sri P. Ramlee dan S. Samsuddin.

Untuk rekod, Pak Aziz pernah pernah 4 kali berkahwin tetapi hanya 2 pernikahannya saja lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ke-3 bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri ke-4 bercerai). Hasil dari perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak,19 cucu dan lima cicit.


Datuk Aziz Sattar yang memang mempunyai masalah jantung sejak dari tahun 2012, pernah dikejarkan ke hospital pada Disember tahun lepas kerana masalah yang sama.

Kita doakan yang terbaik untuk Pak Aziz sekeluarga.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top