Sponsored Links

Monday, May 05, 2014

[Kejam] Masak Kucing dalam Ketuhar

13:40

Dua remaja didakwa di sebuah mahkamah di Oregon kerana memasukkan seekor anak kucing ke dalam ketuhar sebelum merakam dan memuat naik aksi kejam itu di You tube.

Dua remaja perempuan itu yang berusia 16 tahun didakwa pada Khamis lalu dan mengaku tidak bersalah atas tindakan kejam mereka itu.

Google Image

Tindakan kejam remaja berkenaan mendapat kritikan awam dan perhatian pihak berkuasa selepas mereka memuat naik video berkenaan di Youtube September tahun lalu.

Bagaimanapun kucing berkenaan diselamatkan pihat berkuasa dan ia kini berada di bawah penjagaan sebuah pusat perlindungan haiwan.

Seorang peguam remaja tersebut berkata, kedua-dua remaja itu memasukkan kucing ke dalam ketuhar hanya untuk berseronok.

Kini, kedua-dua remaja berkenaan berdepan hukuman penjara 5 tahundan denda USD5,000 sekiranya di dapati bersalah.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top