Sponsored Links

Wednesday, May 07, 2014

[Breaking News] Perintah Berkurung di Sabah

13:19

Selepas kejadian penculikan seorang pengusaha ternakan ikan sangkar di Sabah baru-baru ini, kerajaan negeri Sabah telah mengeluarkan perintah berkurung.

Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan perkara berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) pada Selasa.

Musa berkata, tidak ada pergerakan dibenarkan di kawasan perintah berkurung dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.

"Melaksanakan Curfew Area di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Selain perintah berkurung, kerajaan Sabah juga menubuhkan kawasan kawalan yang menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu.

"Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan.

"Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM," katanya.

9 langkah keselamatan telah digariskan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Sabah iaitu:

Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu menghadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada PDRM. PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.
  • Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
  • Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.
  • Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
  • Meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik seperti jumlah bot laju (speed boat) berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.
  • Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan  perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.
  • Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM supaya maklumat segera  disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.
  • Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
  • Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top