Seekor anak kambing berkaki lapan telah dilahirkan di sebuah ladang di Kutjevo, Croatia baru-baru ini.
Portal berita Britain, The Mail Online melaporkan, anak kambing itu adalah milik seorang peladang bernama Zoran Paparic.
Ibu anak kambing itu yang dinamakan Sarka telah selamat melahirkan
anak kambing berkaki lapan itu yang juga didapati memiliki organ jantan
dan betina.
Portal itu melaporkan yang Paparic pada mulanya ingat yang Sarka
telah melahirkan anak kembar tetapi selepas mengamati dengan teliti dia
mula menyedari yang Sarka hanya melahirkan seekor anak berkaki lapan.
"Bila saya mengira kaki anak kambing itu saya dapati ia ada lapan
kaki tapi pada mulanya saya ingat saya berada dalam keadaan ilusi lalu
pergi mendapatkan jiran saya untuk memastikan yang saya tidak gila,"
katanya lagi.
Paparic berkata yang dia ingin memelihara anak kambing itu jika ia terus hidup sambil menyifatkannya sebagai satu keajaiban.
Pakar haiwan berkata, punca anak kambing itu berkaki lapan adalah
kerana kembarnya tidak membesar menjadi seekor anak yang sempurna.
Mereka ragu-ragu yang anak kambing itu akan mampu bertahan untuk
terus menjalani kehidupan yang sempurna tetapi jika ia berjaya
mengharungi minggu pertama ini dengan jayanya ada kemungkinan ia akan
dapat hidup untuk tempoh dua atau tiga tahun.-MSTAR
Anak kambing itu belum dapat berjalan kerana masih lemah.
Sponsored Links
Wednesday, May 07, 2014
[Gempar] Anak Kambing berkaki 8
23:21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment