Sponsored Links

Wednesday, May 07, 2014

[Gempar] Janin dalam Pam Tandas

23:26

Satu lagi berita mengejutkan tentang kes pembuangan bayi. Kes kali ini lebih menyayat hati.

Seorang wanita terkejut apabila menemui janin lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth di sini, pagi tadi.

Sumber:Harian Metro
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui wanita terbabit ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan pada 9.10 pagi.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dikatakan membuka penutup tangki pam tandas itu selepas mendapati pam gagal berfungsi.

"Sebaik membuka penutup itu, Wanita terbabit terkejut apabila menjumpai mayat janin dalam keadaan duduk.

"Dia segera memaklumkan penemuan janin itu kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis," katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan tujuh bulan dengan berat 1.7 kilogram.

Di manakah perginya nilai kemanusiaan dan hati seorang ibu?

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top