Sponsored Links

Thursday, May 29, 2014

Coklat Cadbury Halal

23:32

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majis Fatwa Kebangsaan. Hukum Halal yang diperoleh oleh syarikat pengeluar coklat cadbury sebelum ia dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah kekal halal dimakan.

"Ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak" - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sebelum ini, Kementrian Kesihatan mengesahkan menjumpai DNA babi, di dalam produk Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Kacang Badam.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Googe Image
Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin, “dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,"


Jesteru, orang ramai yang telah termakan produk tersebut tidak perlu gusar dan risau. Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan


Beliau turut menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan serius terhadap pihak yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top