Siti Sofea dilaporkan hilang di Kompleks Kota Raya ketika suspek memegang tangan mangsa dan terus beredar. Ini yang telah dipertontonkan oleh rakaman cctv yang tersebar luas di alam maya.
Ibu mangsa pula, Siti Salmy Suib,32 seorang warga tempatan dan tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan. Menurut Malaysian Insider, Siti Salmy mempunyai 3 orang anak, yang 2 lagi tinggal bersama keluarganya manakala Siti Sofea berada di bawah jagaan ibunya.
Isunya sekarang, APAKAH DOSA SITI SOFEA? Mengapa seorang manusia sanggup melakukan sedemikian kepada seorang kanak-kanak? Adakah suspek berdendam dengan SALMY? Adakah suspek juga di bawah pengaruh dadah atau seorang yang mental sejak azali?
Susulan Kes Pembunuhan
Keterangan SALMY menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tingkat 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama-sama melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.
Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang.
Suspek yang Melarikan Siti Sofea |
Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan-kesan darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.
Suspek yang melarikan diri diberitakan lemas di Sungai Klang. Kita tunggu kesahihan berita tersebut.
- Al-Fatihah -
0 comments:
Post a Comment