"Saya mula baca Al-Quran, Solat sunat dan Tahajud selama 3 hari dan 3 malam, dan pada satu pagi, saya terdetik untuk berhijab."
Raja Azmi pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka.
Google Image: Raja Azmi |
Bagaimanapun Raja Azmi tetap dengan dakwaan yang menyatakan seseorang wanita yang tidak bertudung itu tidak semestinya akan masuk neraka, kerana itu semua adaah ketentuan Allah.
Raja Azmi juga menyatakan yang keputusan untuk berhijab adalah bukan sementara waktu. Malah dia akan sentiasa mendalami ilmu agama.
Tentang isu wanita bertudung kurang mendapat publisiti, ini jawapan Raja Azmi, " Saya akan terus bekerja macam biasa. Saya tidak percaya artis bertudung susah cari makan. Ini semua rezeki Allah."
Alhamdulillah dan tahniah Raja Azmi di atas keputusan untuk berhijab dan berhijrah. Apa yang penting, hijrah tersebut adalah mestilah secara menyeluruh. Luar dan dalam.
0 comments:
Post a Comment