Sponsored Links

Monday, June 02, 2014

Anak Pele dipenjara 33 tahun

20:00

Edinho anak kepada lagenda bola sepak terkenal, Pele dijatuhkan hukum penjara selama 33 tahun di atas kesalahan pengubahan wang haram.

Google Image:Edinho
Untuk rekod, Edinho juga pemain bola sepak iaitu penjaga gol untuk kelab lama Pele, Santos sekitar tahun 90-an.

Edinho yang berumur 43 tahun juga bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di kelab tersebut.

Edinho ditangkap pertama kali pada tahun 2005 di atas kesalahan mengedar dadah.

Edinho adalah anak ketiga Pele daripada perkahwinan pertamanya. Dia berusia lima tahun apabila keluarganya berpindah ke New York dan bermain untuk Cosmos.

Apabila pulang ke Brazil, Edinho mengambil keputusan untuk bermain bola sepak secara profesional iaitu penjaga gol. Dia yang mewakili kelab Santos pada tahun 1995, pernah membantu kelab ke final liga Brazil.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top