Sponsored Links

Friday, May 16, 2014

[GEMPAR] CCTV Tsunami di Jepun Tersebar

23:48

Video daripada coughtoncctv ini memaparkan beberapa scene peristiwa tsunami yang berlaku di Jepun pada tahun 2011.

Untuk rekod, tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011 di pesisir pantai Jepun, akibat daripada gempa bumi di luar pesisir Tohoku di Lautan Pasifik.

Tsunami ini menyebabkan sebilangan kemalangan nuklear, terutama sekali peleburan tahap 7 di tiga buah reaktor di kompleks Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, sehingga ratusan ribu penduduk berdekatan terpaksa dipindahkan beramai-ramai. Bukan sahaja banyak penjana elektrik di sana yang rosak atau terpaksa ditutup, malah sekurang-kurangnya tiga buah reaktor nuklear mengalami letupan disebabkan gas hidrogen yang terkumpul di dalam bangunan kurungan luarannya ekoran kerosakan sistem pendinginan. Para penduduk dalam lingkungan 20 km (12 bt) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima I dan 10 km (6.2 bt) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima II terpaksa dipindahkan.

Google Image
Agensi Polis Negara Jepun mengesahkan seramai 15,845 orang maut, 6,011 orang cedera dan 3,339 orang hilang di 18 wilayah, sementara lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa. Bencana berganda ini menyebabkan kerosakan struktur yang parah dan meluas di Jepun, termasuk kemusnahan jalan raya dan landasan keretapi di banyak kawasan, serta keruntuhan empangan. Sekitar 4.4 juta isirumah di rantau timur laut Jepun terputus bekalan elektrik dan dan 1.5 juta terputus bekalan air.

Anggaran awal menghitung kerugian berinsurans akibat gempa bumi sahaja pada AS$14.5 hingga $34.6 bilion. Bank pusat Jepun menawarkan ¥15 trilion (AS$183 bilion) ke dalam sistem perbankan pada 14 Mac sebagai usaha memulihkan keadaan pasaran kepada normal. Bank Dunia menganggarkan kos ekonominya pada AS$235 bilion, menjadikannya bencana alam yang paling mahal dalam sejarah dunia.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top