Sponsored Links

Friday, May 16, 2014

Isu Hina Azan dalam Facebook:KJ Bersuara

23:24

Kami bukanlah anti kepada mana-mana kaum. Tetapi sejak akhir-akhir ini, bangsa melayu bukan sahaj ditindas oleh bangsanya sendiri namun ditindas oleh bangsa lain.

Terbaru kecoh dengan isu hina azan di dalam facebook.

Hina azan di dalam Facebook
Mengapa kesabaran dan toleransi bangsa melayu di balas sebegitu rupa? Jika bangsa Melayu yang melakukan sedemikian sudah pasti Melayu di label sebagai racist. Namun jika bangsa lain yang menyemarakkan api, ia menjadi seperti mencurah air ke daun keladi.

Tweeter Khairy Jamaludin
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter  dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

Sumber: MalaysiaKini

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top