Sponsored Links

Friday, May 16, 2014

Kanak-Kanak Maut dilanggar Kerbau

23:02

Google Image
Menurut Sinar Harian hari ini, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama tujuh anggota keluarganya melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Kilometer 25 Jalan Belimbing-Maran dekat Paloh Hinai, Pekan semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Syed Mohd Qawi Syed Mohd Haika manakala ibunya, Rafidah Hashim, 38, dan nenek, Zabedah Dahan, 66, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintenden Yahaya Othman berkata, dalam insiden pukul 7.30 malam itu, bapa mangsa, Syed Mohd Haika Syed Abd Wahab, 39, memandukereta berkenaan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Serekam dekat Maran dari Paloh Hinai.

"Di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa telah terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan.

"Akibat itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan bersama ibunya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Maran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, Syed Mohd Haika dan tiga lagi anaknya, iaitu Syed Muhd Qhayyum, 10, Sharifah Nurnillahi Kasheefah, 7, dan Sharifah Nurkhaleeda, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan renyai dan cuaca di kawasan itu gelap berikutan tiada lampu jalan.

Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Di harap agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika melalui jalan kampung. Pemilik binatang peliharaan juga sepatutnya bertanggungjawab untuk tidak membiarkan binatang peliharaannya berkeliaran.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top