Sponsored Links

Tuesday, May 20, 2014

[GEMPAR] Pesawat MAS Di sambar petir

22:30

Satu persatu peristiwa menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia. Kali ini pesawat Malaysia dilaporkan disambar petir dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Langkawi.

Google Image
Menurut Mstar, pesawat MH1348 milik Malaysia Airlines yang disambar petir selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa.

MAS dalam satu kenyataan berkata pesawat berkenaan disambar petir ketika dalam penerbangan.

"Pesawat tersebut kemudiannya segera diperiksa dan dibenarkan berlepas.

"Pesawat tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa sebarang masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.

"Pesawat MAS direka mampu bertahan daripada panahan peitr dan boleh mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang terdapat dalam pesawat.

"Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan MAS," menurut kenyataan itu.


MH1348 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.5 pagi dan dijadual tiba di Langkawi sejam kemudian.

Insiden berkenaan mula kecoh di laman sosial apabila penumpang pesawat MAS menceritakan pengalaman yang menakutkan melalui akaun Instagram.


Pengguna yang menggunakan nama Haswendy, turut memuat naik sekeping gambar pesawat tersebut di akaunnya.

Saya secara tidak langsung menyokong sekiranya kerajaan Malaysia melepaskan MAS untuk mengelakkan lagi menanggung kerugian.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top