![]() |
| Google Image |
Seorang wanita terkejut apabila kucingnya peliharaannya membawa pulang beg plastik berisi ganja seberat lima gram ke pintu rumahnya di St Ashmore, New Zealand.
Wanita hanya mahu dikenali sebagai Fluffy itu segera menghubungi polis sejurus mendapat tahu kandungan plastik berkenaan, lapor BBC.
“Saya sangka ia membawa balik bangkai tikus atau burung seperti biasa, tetapi selepas diperiksa ia adalah ganja mampat,” katanya.
Pegawai polis Dunedin, Reece Munro berkata, nilai ganja berkenaan sekitar NZ$150 (RM445) dan siasatan masih dijalankan.
Isunya sekarang, bagaimana seekor kucing begitu tertarik dengan bau ganja? Ini menunjukkan yang ia sudah biasa dengan bau ganja tersebut. Jadi pihak kami juga menyarankan agar tuan kucing tersebut juga di siasat.
Sekian.








0 comments:
Post a Comment