Sponsored Links

Friday, May 09, 2014

MH370:Diculik Makhluk Asing - CNN

16:05

CNN antara media barat yang paling tidak disenangi. Sebelum timbul isu MH370 lagi, CNN antara media barat yang gemar melaporkan berita palsu tentang Malaysia. Terbaru, dalam undian yang dilakukan oleh CNN menyatakan yang MH370 diculik oleh makhluk asing.

Sekurang-kurangnya satu per sepuluh rakyat Amerika percaya pesawat MH370 diculik oleh makhluk asing, menurut undian yang dilakukan saluran berita CNN dan ORC International.

Undian yang dilakukan berdasarkan temubual bersama 1,008 orang dewasa rakyat Amerika dari 2 Mei hingga 4 Mei, iaitu dua bulan selepas pesawat milik penerbangan Malaysia dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke China.

Menurut laporan undian itu, 46% responden bersetuju yang kehilangan MH370 itu adalah suatu misteri.

Google Image
Dua pertiga responden percaya kehilangan pesawat berkenaan adalah akibat tindakan juruterbang atau anak kapal.  42 peratus responden turut menyalahkan pihak pengganas atas kehilangan pesawat MH370.

Tentang lokasi pesawat MH370, 51 peratus percaya ia berada di Lautan Hindi dengan 46 peratus lagi berpendapat ia tidak berada di kawasan berkenaan.

Majoriti responden turut berkata operasi mencari harus diteruskan namun hanya 26 peratus sahaja yang memuji tindakan kerajaan menguruskan isu ini dan memberikan maklumat kepada orang ramai.

Pada 5 Mei, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berazam untuk meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan kerjasama negara-negara rakan walaupun sehingga kini masih belum berhasil.

Kehilangan pesawat bukanlah sesuatu yang asing di dalam dunia penerbangan. Namun dalam kes MH370 ini, ia adalah suatu misteri dan kekal menjadi sejarah di dalam dunia penerbangan kerana sistem telekomunikasi pesawat dipadamkan sementara kaedah pencarian untuk mengesan pesawat belum diguna pakai. - AstroAwani

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top