Sponsored Links

Friday, May 09, 2014

"Bukan plastic surgery ok!!"-Tasha Shila

16:14

Berikutan penyebaran gambar hot Tasha Shila yang menayangkan tubuh badanya, Tasha Shila tampil dengan komennya.

Tasha Shila
“Sungguh! Tiada pembedahan plastik…Tasha cuma minum produk itu…Kalau ada yang perasan perubahan pada Tasha, maknanya produk itu berkesanlah,” demikian komen Tasha Shila ketika dihubungi Astro Gempak pada Rabu.

Menurut Tasha lagi, sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan pembedahan plastik di bahagian hidung dan payudara.

Sebelum ini timbul isu yang Tasha Shila ke Bangkok untuk menjalankan pembedahan plastik untuk 'membuat' hidung dan payudara.

Tasha Shila dan Produk Kesihatanya
 “Tapi apa yang Tasha boleh buat? Mulut orang kita tak boleh nak tutup biarkanlah mereka terus berkata-kata,” katanya.

Bagaimanapun menurut Tasha dia tidak kesal sekiranya ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

“Mereka ada hak untuk bercakap…Tasha tak ada niat lain, selain mahu berkongsi tentang keberkesanan produk tersebut, itu sahaja.

“Tasha dah menggunakan produk kesihatan dan kecantikan tersebut selama dua bulan setengah dan dapat hasilnya,” ujarnya yang merupakan pengguna tetap produk tersebut.

Terdahulu, Tasha Shila telah memuat naik sekeping foto dia sedang minum sambil memegang kotak minuman kesihatan di ‘fanpage’nya.

Foto tersebut mengundang pelbagai reaksi apabila orang ramai hanya fokus kepada saiz payudaranya selain produk yang digunakan.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top