Sponsored Links

Friday, May 09, 2014

Syiling Pulau Nangka Azimat Pengasih?

22:52

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan dua syiling pada 30 April lalu yang dianggap harta karun di Pulau Nangka. Namun baru-baru ini, Pengurus Besar Seni Malaysia Melaka mendakwa yang syiling tersebut bukanlah digunakan untuk tujuan perdagangan, tetapi sebagai azimat pengasih.

Syiling yang dijumpai
Itu tafsiran Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Drs Mohd Nasruddin Rahman yang menafsirkan penemuan syiling itu berdasarkan pengalamannya.

“Ia dijadikan azimat atau wafak kerana tulisan Jawa Kuno dipaparkan adalah tentang kesetiaan seseorang.

“Saya yakin syiling itu berfungsi untuk ilmu pengasih kerana ciri-cirinya mampu bangkitkan aura bagi menarik kekasih serta membangkitkan rasa rindu,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, tulisan terukir pada syiling berkenaan membawa maksud kesetiaan seorang utusan mempertahankan amanat dipikulnya sehingga ke titisan darah terakhir.

Beliau yang berpengalaman sebagai Kurator di Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) selama 17 tahun berkata, ia lebih kepada kisah tentang utusan kesatria pendatang bernama Ajisaka yang mengawali peradapan Pulau Jawa.

Mengenai ukiran gambar berunsur dewa pada syiling itu, Mohd Nasruddin berkata, ia adalah watak Semar atau dikenali sebagai Kyai Lurah Semar Badranaya.

“Ia adalah tokoh paling utama dalam wayang Jawa dan Sunda,” katanya.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top