Sponsored Links

Sunday, May 11, 2014

Pembunuhan ala Koboi di KL

12:20

Aksi tembak menembak ala koboi di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini semalam menyebabkan seorang terbunuh dan lima lagi parah.

Difahamkan, lelaki menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hijau muda berhenti 80 meter sebelum keluar dan berpura-pura membuat panggilan telefon sambil berjalan menuju ke arah mangsa berusia 22 hingga 51 tahun.


Suspek melepaskan enam hingga lapan das tembakan ke arah mangsa yang bertempiaran lari menyelamatkan diri dan cedera terkena tembakan, antaranya di bahu, pipi serta kaki.

Seorang daripada mereka, S Saravanan @ Joe, 38, yang terkena tembakan di belakang kepala, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala mangsa lain dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Lima yang dilaporkan cedera tetapi stabil dikenali sebagai A Vickneswaran, 30; A Murugan, 51; TP Deeriyan, 28; S Gugan, 22, dan TP James, 33. 

Sumber Harian Metro

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top