Sponsored Links

Thursday, June 12, 2014

Cakaran Abby Abadi-Punca Penceraian?

12:38

Umum sudah tahu yang pelakon dan penyanyi, Abby Abadi telah bercerai dengan pasangannya Farhan Rabu lalu di Mahkamah Syariah Gombak. Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Cakaran Abby Abadi : Google Image
Namun apa yang mengejutkan peminat hiburan tanahair pula ialah, Farhan di dakwa di cakar dan di pukul Abby Abadi. Barangkali ini adalah punca Farhan menceraikan Abby.

Farhan yang berusia 24 tahun mendakwa dicederakan di bahagian muka,mulut dan lengan. Farhan juga mendakwa yang Abby sering meminta sejumlah wang. Jika Farhan gagal berbuat demikian beliau akan dimarahinya.

“Saya telah dicakar… Malah dia juga kata saya tidak membawa apa-apa kepentingan dan faedah kepada dirinya untuk meneruskan hubungan sebagai suami isteri,” berikut adalah luahan Farhan kepada media.

Apa sudah jadi kepada Abby? Kemana imej dan perilaku Islam yang sering dicanang sana sini? Sehingga pernah satu ketika dahulu mencemuh rakan-rakan artis tentang imej dan kehidupan mereka yang sudah terpesong?

Untuk Abby Abadi dan semua termasuk saya, ukurlah baju di badan sendiri. Jika kita mahu berubah dan berhijrah, lakukan kerana Allah. Bukan untuk sesiapa.

Kes penceraian mereka telah selesai, namun Farhan diberitakan telah membuat laporan polis.

"Saya tidak mungkin akan kembali bersama kerana sudah tawar hati", ujar beliau.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top