Sponsored Links

Tuesday, June 10, 2014

Update Terkini Kes Wanita Malaysia di rogol di India

22:26

Mangsa yang dirogol pada Jummat lepas dikatakan gagal menghadirkan diri ke mahkamah di Jaipur hari ini.

Ia bagaimanapun sedikit tidak menjejaskan perjalanan kes kerana pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa suspek.

Google Image

"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan kepada pendakwaan"

Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani di dalam kereta dan juga merampas senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Selain itu, botol air minuman yang dicampurkan dengan dadah yang diberikan kepada mangsa juga dijumpai.

Sehingga kini, pihak berkuasa sedang menunggu laporan dari bahagian forensik

Menurut laporan polis, insiden tersebut diklasifikan sebagai rogol yan dirancang.

Menurut sumber, seorang wanita warganegara Malaysia di rogol di Jaipur, India. Dia di rogol oleh seorang lelaki pada Jumaat lepas yang ditemuinya atas urusan perniagaan.

Memetik laporan dari Indo-Asian News Service, lelaki berusia 30 tahun tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa pada hari yang sama.

Mangsa dan lelaki dikatakan bertemu janji di sebuah hotel. Kemudian mereka menaiki kereta bersama-sama dan lelaki tersebut dikatakan merogol mangsa selepas memandu ke kawasan sunyi.



Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top