Sponsored Links

Monday, June 09, 2014

Mualaf hampir 18 tahun, hampir kebumi cara bukan Islam

21:54

Satu lagi kes menggemparkan umat Islam di Malaysia. Seorang wanita mualaf di Georgetown hampir dikebumikan dengan cara bukan Islam.

Wanita Mualaf itu hampir dikebumikan dengan cara Taosit.

Menurut sumber, hal tersebut terbongkar apabila, majlis pengebumian wanita Mualaf tersebut di datangi oleh Pegawai Polis yang mengesahkan mayat tersebut, Teoh Cheng Cheng,38 sudah memeluk agama Islam.


Majlis pengebumian yang sepatutnya selesai jam 4 petang tadi terpaksa ditangguhkan kerana pihak keluarga si mati ingin mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, pihak polis menunjukkan sebarang dokumen berkenaan pengislaman Cheng Cheng. Namun, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), tampil menunjukan beberapa dokumen pengislaman beliau.

Menurut JHEAIPP, Cheng Cheng telah memeluk agama islam tahun 1997 yang lalu dan membawa nama Nora Teoh Abdullah. Beliau dikatakan memeluk agama Islam tanpa pengetahuan keluarga kerana bercinta dengan pemuda muslim.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau  Pinang (HPP) untuk sementara waktu.

"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan.  Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada  bukti dan rekodnya seorang Islam," Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein.

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top