Sponsored Links

Saturday, August 16, 2014

Blogger Blogserius di denda RM10000 hina Agong

02:00

Di mana nilai etika seorang blogger dan seorang rakyat Malaysia? Blogger 'Blogserius' hari ini didenda RM10,000 kerana membuat komen menghina Yang di-Pertuan Agong melalui akaun Twitternya.


Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Effi Nazrel Saharudin, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes disebut semula, Jumaat.

Beliau turut memerintahkan Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai "10befiend" dalam akaun Twitternya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan itu, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Pada 5 Jun lalu, blogger itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitternya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong dekat sini masing-masing pukul 11.21 pagi dan 11.23 pagi pada 1 Jun 2013.

Tahniah kepada kepada blogger berkenaan. Anda sememangnya menjadi contoh dan iktibar kepada blogger-blogger yang lain.

Google Image

Written by

Breaking News brings to you the latest News, Entertainment, Economy, Political dan Info from Malaysia and around the Globe

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Breaking News. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top