Negara China memang banyak dengan berita yang menggemparkan dan pelik. Terbaru, seorang lelaki bertindak menyaman sebuah hospital di Hunan selepas isterinya meninggal kerana dibiarkan seorang diri selepas melahirkan anak.
Daily Mail melaporkan
Liu Hsiung, 29 tahun menamakan pegawai Hospital Kesihatan Kanak-Kanak
dan Bersalin Xiantan selepas mendapati isterinya mati terlantar di atas
katil selepas melahirkan anak.
Liu sebelum itu telah meminta jururawat
untuk memeriksa keadaan terkini isterinya Zhang Chun, 27 tahun selepas
mengalami komplikasi kritikal.
Liu berkata dia telah memberitahu
pegawai perubatan keadaan isterinya dan menggesa jururawat membawa
isterinya masuk ke dalam bilik pembedahan.
Sejam kemudian Liu kembali untuk melihat
isterinya tetapi dia hanya menemui mayat isterinya yang terlantar di
atas katil pesakit.
Google Image |
Bagaimanapun bayi yang dikandung isterinya selamat dilahirkan.
“Saya tertanya tanya apa yang telah
berlaku, mereka (pegawai perubatan) sudah tiada dan hanya mayat isteri
saya yang ditinggalkan,” katanya.
Sementara itu, pegawai hospital
berkenaan berkata isterinya telah mengalami komplikasi selepas Liu dan
isterinya enggan melakukan pembedahan caesarean kerana saiz bayi yang
dikandung adalah besar.
Jurucakap hospital berkata Zhang mengalami pendarahan yang serius selepas bersalin.
Minta-minta supaya pihak hospital di Malaysia tidak sebegini. Mohon jasa baik untuk menjalankan amanah yang diberi. Anda berurusan dengan nyawa!!!
0 comments:
Post a Comment